Thursday, October 25, 2012

Minda berkulat 1

1. Sektor akademik memainkan peranan penting bukan sahaja dalam meningkat pretasi anak bangsa sesebuah negara, tetapi memainkan peranan dalam memastikan sistem dalam negara berjalan lancar karena ilmu adalah petunjuk bagi menentukan ketamadunan umat.

2. Akademia pada hakikatnya tidak akan terikat atau duduk di balik gerigi besi karena golongan ini tidak punya apa - apa kepentingan.

3. Selalu saya ingatkan bahawa si politikus akan terus menjadi politikus.


4. Akademia bisa melihat satu perkara dari sudut yang lebih besar. Bukan sahaja memberikan syarahan 'kangkong' yang modulnya sepuluh tahun tidak pernah bertukar. Ini adalah sesuatu yang membosankan !

5. Atas sebab itu saya merasakan kuliah - kuliah semakin tidak berkualiti dan bertenaga di institusi kita, tiada idea yang segar dalam membincangkan pelbagai ragam disiplin ilmu.

6. Saya sendiri punyai pengalaman di mana tidak boleh mempersoal sesuatu perkara, walau di belakang tabir bilik kuliah. Sesiapa yang mempersoal, AWAS!

7. Selain itu, isu - isu pemerintahan juga dianggap sensitif sehingga tidak dapat dibincangkan secara kritis di universiti. Begitu kuatnya serangan dan tekanan yang diberikan hagemoni sehingga kadang - kala pensyarah dan akademia memaksa diri meminta maaf berkali - kali selepas kelas atau minta supaya tidak dihebahkan kepada luar apabila 'terlepas' dalam berkata - kata sesuatu yang melawan arus perdana.

8. Keilmuan kita cuma menghafal kemudian dicurahkan di atas kertas peperiksaan bagi mendapatkan CGPA yang baik. Selebihnya tidak punyai apa - apa makna.

9. Kesannya, kita dapat lihat sekarang bila mana berlaku kitaran MAHA BODOH bila mana beban (MAHA) dalam Siswa tidak mampu dipikul. Siswa tidak lebih daripada buruh tukang taip, penyusun fail, pencatat minit mesyuarat dan penaip kertas kertas. Usah bebankan mereka dengan perkara lain. Usah!

10. Maka, mungkin benar catitan W.S Rendra bahawa :

Dasar pendidikan kita adalah kepatuhan.
Bukan pertukaran pikiran. Ilmu sekolah adalah ilmu hafalan,
dan bukan ilmu latihan menguraikan
 – W.S Rendra (1935- 2009)


No comments:

Post a Comment