Tuesday, February 12, 2013

Mahasiswa dipukul samseng di Pekan dan asbabnya

Salah seorang aktivis mahasiswa telah dipukul ketika berkempen untuk melawan Najib Razak di kawasan Parlimen Pekan (P84). Pengerusi Gerakan Mahasiswa PRU13 (GM13), Syis Abdul Kadir mengesahkan bahawa individu tersebut adalah aktivis daripada Aksi Mahasiswa Peduli (AKSI) dari Universiti Selangor.



Mereka mendakwa bahawa telah dipukul oleh sekumpulan samseng ketika sedang berkempen. Baru-baru ini, GM13 membuat keputusan untuk menghantar calon mahasiswa sebagai tanda protes kepada kepimpinan Najib Razak dalam Pilihan raya ke 13 nanti.

Mereka mendakwa bahawa dipukul oleh sekumpulan samseng yang cuba menghalang kempen mereka menolak Najib Razak. Besar kemungkinan samseng tersebut diupah oleh United Malays National Organization, dan jika bukan dari kalangan UMNO sekalipun, kejadian ini jelas menunjukkan bahawa Presiden UMNO, Najib Razak gagal mempertahankan kejadikan buruk berlaku di tempatnya.

Dalam menilai perkara ini, aku melihat bahawa wajar bagi kita menilai beberapa perkara dan asbab perkara ini terjadi. Besar kemungkinan mahasiswa ada melakukan provokasi atau perkara yang membuatkan "samseng" tersebut berasa terancam.

Sejarah jelas membuktikan bagaimana peredaran politik anak muda dan mahasiswa khususnya, bersikap "nakal" ketika berdemo dan berkempen. Jika pembaca rajin membaca tulisan-tulisan mahasiswa, dapat lihat bagaimana Ibrahim Ali, Hishamuddin Rais dan beberapa aktivis lain begitu "nakal" apabila berdepan dengan pihak penguasa. 

Ibrahim Ali yang juga Pemimpin Kesatuan Siswa-Siswi ITM juga pernah menggempur pihak FRU ketika ingin mengerahkan memorandum ke Parlimen bersama mahasiswa ITM ketika berjalan kaki di Lebuh raya Persekutuan.

Justeru, ada kemungkinan catatan sejarah ini boleh dijadikan sandaran dalam menilai perkara ini. Namun, ia masih belum jelas sehingga ia dijelaskan sendiri oleh kedua-dua belah pihak. Dalam hal ini, mahasiswa dinasihat supaya mengamalkan politik yang bijak dan mengelakkan diri daripada terjerumus dengan politik sentimen.

Memang benar sekiranya mahu mengapikan, membangkitkan dan menyebarkan kefahaman tentang sesuatu isu, kebiasaannya ia disusuli dengan tragedi supaya rakyat sekalian sedar. Namun, sebagai mahasiswa kita mampu berfikir dan banyak lagi metod yang boleh digunakan.

Kata orang , "Kalau tiada angin, masakan pokok boleh bergoyang?"

KHAIRUL NAIM RAFIDI,
PORT SWETTENHAM, SELANGOR,
12 FEBRUARI 2013


Monday, February 4, 2013

Internship@Student Attachment di Firma Guaman

Selepas asasi, atas pertolongan seorang rakan, Azfarsyah yang memberikan idea dan contact number, aku diberikan peluang dan tawaran untuk membuat "internship@student attachment" di Hamdan and Co. sekitar Jalan, Kapar Klang. Secara asasnya, "internship" di firma guaman adalah apabila seorang pelajar memohon untuk bekerja ketika cuti bagi mendapatkan sedikit pengalaman tentang keadaan dan operasi undang-undang yang sebenar.

Namun begitu, atas masalah keluarga, aku menolak dan melupakan peluang tersebut. Lagipun, ketika itu aku pikir masih ada masa lagi.

Sekarang aku sedang bercuti selepas final semester satu Ijazah Undang-Undang (LLB), dalam aku berpikir untuk mencari kerja, timbul rasa bernafsu untuk menghabiskan masa dengan tidur, makan, membaca, berpikir, mengkaji dan menulis sahaja. Tetapi, terbantut dek BBM Mr. Adlan, seorang pensyarah di Fakulti Undang-Undang, UiTM Shah Alam dengan memberi cadangan supaya buat "internship" di Farah A. Zabir and Partners, sebuah firma guaman yang menyelesaikan kes-kes banking dan conveyancing.

Hari ini adalah hari pertama aku bekerja, bertolak seawal 6.45 Pagi, KTM dan Bas Seranas. Tanpa dibantu oleh sesiapa. Pertama kali ke pejabat, aku disapa oleh peguam utama tuan Shaikh Imran Ismet seterusnya diperkenalkan dengan beberapa staf dan peguam yang lain.



Menurut Kak Hajar, PA kepada tuan Shaikh, aku ada pelajar undang-undang ke tiga puluh tiga yang bekerja di situ. Maksud aku yang menjalankan 'internship". Dah macam 33rd degree freemason pulak. Kah Kah Kah!

Segalanya baik, ada sesetengah individu berpandangan bahawa "internship" hanya membazir masa. Tetapi, bagi aku ia bergantung juga pada individu tersebut sama ada bijak atau tidak menggunakan segenap peluang dan prospek dalam firma guaman.

Walaupun kita hanya akan diberi tugasan pejabat untuk dilaksanakan, tetapi aku percaya jika kita bijak bertanya dan aktif dalam pergerakan pejabat, lebih ilmu yang akan kita dapat.

Harap segalanya baik. Aku akan berkongsi cerita lagi.


KHAIRUL NAIM RAFIDI,
4 FEBRUARI 2013,
PORT KLANG, SELANGOR