Showing posts with label UiTM. Show all posts
Showing posts with label UiTM. Show all posts

Monday, February 4, 2013

Internship@Student Attachment di Firma Guaman

Selepas asasi, atas pertolongan seorang rakan, Azfarsyah yang memberikan idea dan contact number, aku diberikan peluang dan tawaran untuk membuat "internship@student attachment" di Hamdan and Co. sekitar Jalan, Kapar Klang. Secara asasnya, "internship" di firma guaman adalah apabila seorang pelajar memohon untuk bekerja ketika cuti bagi mendapatkan sedikit pengalaman tentang keadaan dan operasi undang-undang yang sebenar.

Namun begitu, atas masalah keluarga, aku menolak dan melupakan peluang tersebut. Lagipun, ketika itu aku pikir masih ada masa lagi.

Sekarang aku sedang bercuti selepas final semester satu Ijazah Undang-Undang (LLB), dalam aku berpikir untuk mencari kerja, timbul rasa bernafsu untuk menghabiskan masa dengan tidur, makan, membaca, berpikir, mengkaji dan menulis sahaja. Tetapi, terbantut dek BBM Mr. Adlan, seorang pensyarah di Fakulti Undang-Undang, UiTM Shah Alam dengan memberi cadangan supaya buat "internship" di Farah A. Zabir and Partners, sebuah firma guaman yang menyelesaikan kes-kes banking dan conveyancing.

Hari ini adalah hari pertama aku bekerja, bertolak seawal 6.45 Pagi, KTM dan Bas Seranas. Tanpa dibantu oleh sesiapa. Pertama kali ke pejabat, aku disapa oleh peguam utama tuan Shaikh Imran Ismet seterusnya diperkenalkan dengan beberapa staf dan peguam yang lain.



Menurut Kak Hajar, PA kepada tuan Shaikh, aku ada pelajar undang-undang ke tiga puluh tiga yang bekerja di situ. Maksud aku yang menjalankan 'internship". Dah macam 33rd degree freemason pulak. Kah Kah Kah!

Segalanya baik, ada sesetengah individu berpandangan bahawa "internship" hanya membazir masa. Tetapi, bagi aku ia bergantung juga pada individu tersebut sama ada bijak atau tidak menggunakan segenap peluang dan prospek dalam firma guaman.

Walaupun kita hanya akan diberi tugasan pejabat untuk dilaksanakan, tetapi aku percaya jika kita bijak bertanya dan aktif dalam pergerakan pejabat, lebih ilmu yang akan kita dapat.

Harap segalanya baik. Aku akan berkongsi cerita lagi.


KHAIRUL NAIM RAFIDI,
4 FEBRUARI 2013,
PORT KLANG, SELANGOR

Sunday, July 8, 2012

Kembara Fitnah Kuantan


(Ditulis pada 7 Julai 2012, Jam 7.09 malam dalam perjalanan menuju ke Klang Sentral di dalam Sani Ekspress)

                Rasa sejuk menyelubungi tika hujan turun deras dalam perjalanan di lebuh raya Karak Rasa sedih masih berbaki walau sudah separuh perjalanan aku lalui. Terima Kaseh buat ‘Ain Karina, Syafiah Jaafar dan Intan Adlina karena sudi menunggu di platform enam Terminal Makmur , Kuantan, Pahang sehingga bas dua tingkat ini bergerak.


                Sesungguhnya perjalanan kisah seminggu ini sesuatu yang amat perit untuk dicoretkan Namun begitu, agak rugi kiranya dibiarkan sahaja ia menjadi basi tanpa sebarang catatan yang bakal menjadi pedoman buat sahabat dan generasi mendatang. Pernah aku dengar cebisan kata daripada Hishamuddin Rais bekas pemimpin Mahasiswa 70an dan sekarang penulis dan aktivis sosial bahawa ‘kalau bukan kita yang menulis sejarah, siapa lagi yang akan menulis sejarah?”

                Ketika keluar dari ruang bilik B304 kira – kira jam 4.00 Petang tadi, aku sekali lagi memandang ke bawah melihat kepada gantungan-gantungan poster calon – calon Jawatankuasa Perwakilan Kolej yang terpilih untuk bertanding setelah melalui temuduga yang dijalankan selama tiga hari Hati merasa bangga, sayu malah sedih melihatkan kepada komitmen yang ditunjukkan disamping ria-riak wajah yang nan suci serta belum dicemari oleh kebobrokan aparat penguasa


                Ya, memang itu yang mereka mahu. Memperbodoh anak – anak kampus serta menguasainya melalui hagemoni sedia ada disamping sentimen-sentimen yang sudah lama keterbelakang. Aku keluar dan berjumpa beberapa junior TESL dan Law bertanyakan beberapa perkara yang berlaku di dalam kampus dan diluar kampus Nah! Mereka seolah faham arti sebuah perjuangan dan kebenaran tanpa perlu aku menjelaskan panjang lebar. Bagi mereka, kebobrokan ini harus dilawan!

                Kenangan beberapa hari ini bakal ku catat dalam masa beberapa hari lagi Semoga menjadi cerita manis dan pahit. Terima kaseh buat sahabat JPK terutamanya yang berada di sini ; Wan Zulhelmi, ‘Alimi Fahmi, Alif Tarmizi, Nurul, Syafiah, ‘Ain Karina, Intan Adlina dan Azyan Syazwani. Semoga pengalaman ini dapat kalian jadikan pengajaran demi mencipta lembaran baru demi mengenal arti kepayahan sebuah kehidupan. Tekanan ini tidak akan terhenti. Sepert I yang aku katakana, tanpa sadar kalian yang bukan aktivis sudah pun menjadi aktivis Selamat Tinggal Kuantan! Terima Kaseh lagi sekali karena memberi pengalaman ini yang tidak mampu untuk dijual beli.

KHAIRUL NAIM RAFIDI