Monday, July 23, 2012

BERSIH entiti sah - Mahkamah

Himpunan Bersih 2.0 yang lepas telah memberikan impak yang besar kepada seluruh rakyat Malaysia yang peka terhadap situasi yang melanda negara. Himpunan ini memperlihatkan kepada kepekaan rakyat tidak kira tua dan muda serta pelbagai bangsa turun di jalan-jalan sekitar Kuala Lumpur terutamanya bagi melaungkan tuntutan BERSIH.

Disebalik perhimpunan ini, usah kita lupa tentang cerita salah Arwah Baharuddin yang telah mati sebagai salah sa-orang peserta himpunan tersebut. Usah lupa tentang kezaliman yang telah dikenakan ke atas rakyat, usah lupa isu mahasiswa yang ditarik biasiswanya oleh Yayasan Terengganu karena menyertai himpunan ini, usah lupa titisan darah dan keringat yang menitik ketika berlaku himpunan ini.

Dan pada hari ini, mahkamah telah membatalkan pengisytiharan Menteri Dalam Negeri 1 Julai tahun lepas bahawa Gerakan Menuntut Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) adalah Pertubuhan yang haram.

Selain itu, Hakim Datuk Rohana Yusof dalam penghakimannya pagi ini berkata BERSIH telah berjaya membuktikan kesnya dalam mencabar pengisytiharan kerajaan bahawa ia sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang.

Oleh itu, katanya, mahkamah membenarkan permohonan BERSIH, dengan tiada perintah tentang kos.

Empat belas jawatankuasa pemandu BERSIH yang diketuai oleh Datuk S Ambiga telah menamakan menteri dalam negeri, ketua polis negara dan kerajaan sebagai responden.

Pada 1 Julai tahun lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah mengisytiharkan gabungan itu sebagai haram, sejurus sebelum perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai. Secara peribadi, dapat dikatakan bahawa tindakan ini bertentangan dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan kebebasan kepada rakyat untuk bersuara, berhimpun dan menubuh persatuan. Tindakan ini pada hakikatnya tidak menghormati kedaulatan undang-undang karena susah semestinya mereka mengerti bahawa Perlembagaan Persekutuan adalah undang - undang tertinggi dalam Malaysia.

Mungkin mudah bagi beberapa pihak untuk memohon maaf sekiranya mereka mahu. Tetapi, hutang yang wajar dibayar itu mungkin tidak mampu dibayar oleh sesiapa pun. Tiadak apa yang diharapkan lagi. Cuma berharap supaya pemerintah senantiasa meletakkan keadilan di atas sebelum melakukan apa-apa tindakan. dan inilah arti sebuah perjuangan menuntut keadilan.

KHAIRUL NAIM RAFIDI

Sunday, July 8, 2012

Kembara Fitnah Kuantan


(Ditulis pada 7 Julai 2012, Jam 7.09 malam dalam perjalanan menuju ke Klang Sentral di dalam Sani Ekspress)

                Rasa sejuk menyelubungi tika hujan turun deras dalam perjalanan di lebuh raya Karak Rasa sedih masih berbaki walau sudah separuh perjalanan aku lalui. Terima Kaseh buat ‘Ain Karina, Syafiah Jaafar dan Intan Adlina karena sudi menunggu di platform enam Terminal Makmur , Kuantan, Pahang sehingga bas dua tingkat ini bergerak.


                Sesungguhnya perjalanan kisah seminggu ini sesuatu yang amat perit untuk dicoretkan Namun begitu, agak rugi kiranya dibiarkan sahaja ia menjadi basi tanpa sebarang catatan yang bakal menjadi pedoman buat sahabat dan generasi mendatang. Pernah aku dengar cebisan kata daripada Hishamuddin Rais bekas pemimpin Mahasiswa 70an dan sekarang penulis dan aktivis sosial bahawa ‘kalau bukan kita yang menulis sejarah, siapa lagi yang akan menulis sejarah?”

                Ketika keluar dari ruang bilik B304 kira – kira jam 4.00 Petang tadi, aku sekali lagi memandang ke bawah melihat kepada gantungan-gantungan poster calon – calon Jawatankuasa Perwakilan Kolej yang terpilih untuk bertanding setelah melalui temuduga yang dijalankan selama tiga hari Hati merasa bangga, sayu malah sedih melihatkan kepada komitmen yang ditunjukkan disamping ria-riak wajah yang nan suci serta belum dicemari oleh kebobrokan aparat penguasa


                Ya, memang itu yang mereka mahu. Memperbodoh anak – anak kampus serta menguasainya melalui hagemoni sedia ada disamping sentimen-sentimen yang sudah lama keterbelakang. Aku keluar dan berjumpa beberapa junior TESL dan Law bertanyakan beberapa perkara yang berlaku di dalam kampus dan diluar kampus Nah! Mereka seolah faham arti sebuah perjuangan dan kebenaran tanpa perlu aku menjelaskan panjang lebar. Bagi mereka, kebobrokan ini harus dilawan!

                Kenangan beberapa hari ini bakal ku catat dalam masa beberapa hari lagi Semoga menjadi cerita manis dan pahit. Terima kaseh buat sahabat JPK terutamanya yang berada di sini ; Wan Zulhelmi, ‘Alimi Fahmi, Alif Tarmizi, Nurul, Syafiah, ‘Ain Karina, Intan Adlina dan Azyan Syazwani. Semoga pengalaman ini dapat kalian jadikan pengajaran demi mencipta lembaran baru demi mengenal arti kepayahan sebuah kehidupan. Tekanan ini tidak akan terhenti. Sepert I yang aku katakana, tanpa sadar kalian yang bukan aktivis sudah pun menjadi aktivis Selamat Tinggal Kuantan! Terima Kaseh lagi sekali karena memberi pengalaman ini yang tidak mampu untuk dijual beli.

KHAIRUL NAIM RAFIDI