Tuesday, March 6, 2012

Pemimpin Mahasiswa masa silam : Meet Anwar - Mahasiswa

Masih jelas diingatan ketika aku dipanggil oleh pihak pentadbir hanya karena aku ada bergambar dengan Anwar Ibrahim lantas aku digelar Pro - Pembangkang dan ahli Parti Keadilan Rakyat. Sedih betul dengan sikap paranoid pihak pentadbir ketika itu. Aku masih ingat ketika itu aku dipanggil di Pejabat Polis Bantuan UiTM di Kampus Sekilau oleh Encik Faizol yang merupakan Ketua Unit Keselamatan UiTM Kuantan ketika itu. Masa itu kelas Mr. Hiu Luang Peng BEL 342 sedang berlangsung. Aku bergegas ke sana. Mereka menjemput aku duduk dan aku diminta untuk menunggu En. Fauzi dari Bahagian Hal Ehwal Akademik.

Aku ditanyakan dengan beberapa soalan, soalan pertama masih aku ingat "Betul ke kamu Setiausaha Agung Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI)?  Aku menjawab yea. Seterusnya aku ditanya lagi dengan beberapa soalan yang aku kira agak peribadi. Kemudian , aku dihulurnya sehelai kertas yang aku dapat cam datangnya dari blog Khalid Ismath Timbalan Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI) yang menulis tentang keadaan kereta aku yang telah dipecahkan selepas mengeluarkan kenyataan akhbar berikutan kes gengster mengancam Mahasiswa di Majlis Sambutan Deepavali bersama PM Dato' Seri Najib Razak.

Aku juga diminta untuk berhenti daripada aktivisme, aku sedikit membentak namun dapat aku kawal. Encik Fauzi juga berkata bahawa beliau tidak mahu menyentuh soal prinsip aku tetapi beliau cuma risaukan masa depan. Dalam hati aku ketika itu rasa sungguh pelik dan musykil bagaimana gambar ini boleh sampai ke tangan mereka ini. Gambar tersebut ialah gambar aku bersama Anwar Ibrahim ketika program Meet Anwar - Mahasiswa 17 Oktotober 2011 di Shah Village Hotel.

PENULIS BERSAMA BEKAS PEMIMPIN MAHASISWA, BEKAS TIMBALAN PERDANA MENTERI DAN KINI KETUA PEMBANGKANG SERTA PEMIMPIN PARTI KEADILAN RAKYAT (PKR).

Setelah diteliti baru aku mengerti bahawa nama aku sedang heboh di kalangan pentadbir lalu seseorang dihantar untuk "menasihati" aku dalam pergerakan aku karena mereka sudah dapat mengesan gerak kerja aku serta aktiviti yang aku lakukan terutamanya dalam penulisan akhbar. Ketika mesyuarat antara rektor , nama Khairul Naim Rafidi dari UiTM Kuantan juga naik karena kita sedia maklum bahawa UiTM di bawah pimpinan Dato' Sahol Hamid telah melarang Mahasiswa menyertai Himpunan Anwar 901 sedangkan Menteri Pengajian Tinggi Dato' Khaled Nordin sebalinya. Jadi , pentadbir dalam usaha mengenalpasti "duta-duta" yang bakal mempengaruhi minda Mahasiswa.

Aku diminta memberi keterangan kepada Polis Bantuan. Aku menerangkan bahawa kehadiran aku ke program tersebut adalah atas kapasiti sebagai Mahasiswa dan jemputan Anwar Ibrahim ke program tersebut adalah disebabkan beliau merupakan bekas Pemimpin Mahasiswa Universiti Malaya dan ABIM ketika zamannya dahulu. Jadi , aku berpendapat bahawa tidak menjadi masalah. Katakan aku bergambar bersama Najib Razak , adakah perkara tersebut akan menjadi isu ?

Jadi , rentetan daripada peristiwa ini yang menyebabkan meningkatnya wasangka pihak UiTM terhadap aku yang aku kira tidak punyai apa-apa namun bisa membuatkan mereka takut terhadap bayang-bayang mereka sendiri.


PENULIS SEDANG BERINTERAKSI DENGAN ANWAR IBRAHIM

Monday, March 5, 2012

Indera Mahkota Penuh Emosi 1

Antara kenangan yang hebat ketika berada di UiTM Kuantan yang aku tidak akan pernah lupa dan padamkan ialah ketika berada di Indera Mahkota 5 . Batch Asasi Law 2011/2012 unik karena kami terpaksa tinggal di rumah kedai ketika berada di Semester 1.

Ketika itu , kampus sesak karena kemasukan mungkin melebihi had yang sepatutnya. Tambahan pula , Mahasiswa senior dan junior yang ramai terpaksa duduk di kampus yang sama. Justeru , perpindahan diperlukan. Secara peribadi , saya berpendapat perpindahan ini tidak sepatutnya dan tidak akan terjadi andai kata pihak UiTM bijak dalam pengurusan pengambilan pelajar. Umum sedia maklum , memang UiTM dalam proses ingin mengubah destini anak bangsa. Tapi , dalam masa yang sama tidak perlulah keterlaluan sehingga menyebabkan impak negatif dalam pengurusan dan perkara yang melibatkan keselesaan pelajar.

 MAHASISWA  BERSAMA STAFF DAN PENGAWAL KESELAMATAN (KINI POLIS BANTUAN) UiTM KUANTAN

Sunday, March 4, 2012

BEL 313 : Forum PPSMI

Teringat lagi masa semester satu dulu , kelas Bel 313 iaitu subjek Critical Thinking aku rasa paling cool dan ohsem selain Bel 260 yang serba relax. Pensyarah aku ketika itu Mr. Azwin Arif yang sebelum itu mengajar di Universiti Malaysia Pahang. Beliau yang merupakan lulusan TESL mengajar sebagai pensyarah kontrak ketika itu di UiTM, Kuantan dan mengajar Law K.Dalam subjek ini kita diajar untuk menjadi kritikal dalam menilai sesuatu isu Kita juga diajar untuk mengesan sebarang fallacies dalam fakta karena dalam dunia ini maklumat mudah sahaja tersebar. Mungkin atas dasar itu , pentingnya kita tahu akan kedengkelan dan kerompongan sesuatu fakta termasuk cara untuk "counter-attack" hujah tersebut. Maklumlah , lawyer must avoid bias. Macam tu la serba sedikit.


Jadi , sepanjang kelas Bel 313 ni memang tak stress. Kelas malam je. Hari selasa dan Jumaat tak silap aku. Subjek ini tiada dalam paper final. Cuma ada assignment dan test akhir. Antara assignment yang kami perlu laksanakan adalah berkenaan persuasive in nature dan forum.


Geng forum aku ketika itu adalah Azhar Rosli , Asma Izatul Hanim Abdullah dan Azureen. Susah juga nak pilih topik masa tu. At last , aku rasa tajuk yang intelektual tetapi mudah adalah PPSMI. Kami pun mula buat draft forum. Masa mock forum itu okay la. Ada sesi pembentangan hujah , pembidasan dan penutup.


Azhar geng dengan aku. Azhar ini kalau dilihat English dia boleh tahan. Cuma ada sedikit masalah untuk sebutan dan pengucapan. Tiada masalah , masih boleh touch up. Practice make perfect.
Jadi , forum kami berlangsung pada 10 September 2011.Masa itu nak dah study week tak silap aku. Sir Arif punya la ranggi naik motor besar dia. Awesome kot!


Alhamdulillah , semuanya berjalan lancar. Moderator masa tu Alliya Fuad. Terima Kasih Alliya.!
Subjek ini dapat A.
Aku tak dapat lupa keseronokan subjek ni dulu. Happy je walaupun kadang-kadang tu bosan juga.
May Allah Bless you all.






AZHAR DAN PENULIS TIKA MOCK FORUM

Saturday, March 3, 2012

3 Pagi yang intelektual

   Kemasukan ke Universiti Teknologi Mara kampus Kuantan bukan sesuatu yang aku dambakan karena aku sendiri secara jujurnya mengharapkan kemasukan ke UiTM Shah Alam untuk Asasi Undang-undang ini meskipun aku sememangnya membuat permohonan ke Asasi Undang-Undang UiTM dan bukan KPTM. Kemasukan pertama sebagai anak Mahasiswa bermula di UiTM Jengka. Ketika ini tidak ramai yang aku kenal. Cuma beberapa orang. Dan antara yang aku tertarik untuk berborak ketika itu ialah Syed Pulut Lepa Alyahya (Bukan Nama Sebenar).

   Aku masih ingat ketika itu hari ketiga Minggu Destini Siswa kalau tak silap. Kami siswa dikehendaki solat di Dewan Serbaguna (DSG) UiTM Jengka beramai-ramai. Disitu akan dikumpulkan segala macam Siswa daripada pelbagai kursus diploma dan asasi law dan tesl. Tikar akan dibentangkan dan seterusnya kami akan solat secara berjemaah. Dan ketika itu aku berada di saf tengah hujung sebelah kanan. Dari rupa wajah aku tau Syed merupakan pelajar sekolah agama. Aku menegur dan bertanyakan beberapa perkara, beliau sekadar menjawab sepatah dua. Itulah permulaan rencah intelektualisme ini.

    Seterusnya , setelah seminggu melalui sakit perit minggu destini siswa yang aku kira sebagai tidak relevan, kami dihantar ke kampus tempat kami akan belajar di Kuantan. Di suatu malam , aku berasa bosan dan berjalan-jalan seketika. Ketika itu aku berada di A210. Aku menjenguk ke sebelah sana. Ada satu bilik yang masih berlampu, bilik Alif Tarmizi aku kira. Aku terus memanggil dan Syed di situ.

     Maka, bermulalah satu perbincangan berkenaan sikap Pelajar Islamis yang tidak progresif, konservatif, jumud dan tidak berkembang kotak pikiran dek sistem sedia ada yang menghalang pengembangan itu. Bukan karena Islam atau sebaliknya. Tetapi , rencah sistem kita. Berlaku sedikit pertempuran idea aku dan Syed berkenaan dengan Politik nasional , penglibatan anak muda, masalah sosial anak muda terutamanya pelajar sekolah serta kepekaan anak muda terhadap isu semasa yang melanda negara.

   Jadi , daripada perbincangan itu kami dapat konklusikan betapa perlunya kewujudan satu program yang menyatukan golongan "ranggi" dan golongan "islamis" ini supaya mereka mempelajari satu sama lain. Karena tiada jalan lain selain bersatu walaupun akar masing-masing berbeda. Lebih kurang pukul empat setengah pagi, aku tidur di bilik. 



Penulis dan Syed ketika menjalankan Aktivisme di Maahad Tarbiah.

Nafas yang baru

Tiba-tiba sahaja terpanggil untuk memulakan penulisan yang baru. Berbanding sebelum ini, blog sejak zaman sekolah aku guna untuk dilakar segala bentuk idealisme yang terpapar dek desakan inkuiri dan semangat intelektualisme. Malangnya , tidak sempat aku rakamkan advokasi yang aku pernah terokai selama beberapa bulan di kampus ini.

Jadi , anggap sahaja "andagila" sudah mati. Dan aku sebagai Khairul Naim Rafidi di sini.

Semua aku buat hanya karena kaseh. :)