Saturday, March 3, 2012

3 Pagi yang intelektual

   Kemasukan ke Universiti Teknologi Mara kampus Kuantan bukan sesuatu yang aku dambakan karena aku sendiri secara jujurnya mengharapkan kemasukan ke UiTM Shah Alam untuk Asasi Undang-undang ini meskipun aku sememangnya membuat permohonan ke Asasi Undang-Undang UiTM dan bukan KPTM. Kemasukan pertama sebagai anak Mahasiswa bermula di UiTM Jengka. Ketika ini tidak ramai yang aku kenal. Cuma beberapa orang. Dan antara yang aku tertarik untuk berborak ketika itu ialah Syed Pulut Lepa Alyahya (Bukan Nama Sebenar).

   Aku masih ingat ketika itu hari ketiga Minggu Destini Siswa kalau tak silap. Kami siswa dikehendaki solat di Dewan Serbaguna (DSG) UiTM Jengka beramai-ramai. Disitu akan dikumpulkan segala macam Siswa daripada pelbagai kursus diploma dan asasi law dan tesl. Tikar akan dibentangkan dan seterusnya kami akan solat secara berjemaah. Dan ketika itu aku berada di saf tengah hujung sebelah kanan. Dari rupa wajah aku tau Syed merupakan pelajar sekolah agama. Aku menegur dan bertanyakan beberapa perkara, beliau sekadar menjawab sepatah dua. Itulah permulaan rencah intelektualisme ini.

    Seterusnya , setelah seminggu melalui sakit perit minggu destini siswa yang aku kira sebagai tidak relevan, kami dihantar ke kampus tempat kami akan belajar di Kuantan. Di suatu malam , aku berasa bosan dan berjalan-jalan seketika. Ketika itu aku berada di A210. Aku menjenguk ke sebelah sana. Ada satu bilik yang masih berlampu, bilik Alif Tarmizi aku kira. Aku terus memanggil dan Syed di situ.

     Maka, bermulalah satu perbincangan berkenaan sikap Pelajar Islamis yang tidak progresif, konservatif, jumud dan tidak berkembang kotak pikiran dek sistem sedia ada yang menghalang pengembangan itu. Bukan karena Islam atau sebaliknya. Tetapi , rencah sistem kita. Berlaku sedikit pertempuran idea aku dan Syed berkenaan dengan Politik nasional , penglibatan anak muda, masalah sosial anak muda terutamanya pelajar sekolah serta kepekaan anak muda terhadap isu semasa yang melanda negara.

   Jadi , daripada perbincangan itu kami dapat konklusikan betapa perlunya kewujudan satu program yang menyatukan golongan "ranggi" dan golongan "islamis" ini supaya mereka mempelajari satu sama lain. Karena tiada jalan lain selain bersatu walaupun akar masing-masing berbeda. Lebih kurang pukul empat setengah pagi, aku tidur di bilik. 



Penulis dan Syed ketika menjalankan Aktivisme di Maahad Tarbiah.

No comments:

Post a Comment