Tuesday, March 6, 2012

Pemimpin Mahasiswa masa silam : Meet Anwar - Mahasiswa

Masih jelas diingatan ketika aku dipanggil oleh pihak pentadbir hanya karena aku ada bergambar dengan Anwar Ibrahim lantas aku digelar Pro - Pembangkang dan ahli Parti Keadilan Rakyat. Sedih betul dengan sikap paranoid pihak pentadbir ketika itu. Aku masih ingat ketika itu aku dipanggil di Pejabat Polis Bantuan UiTM di Kampus Sekilau oleh Encik Faizol yang merupakan Ketua Unit Keselamatan UiTM Kuantan ketika itu. Masa itu kelas Mr. Hiu Luang Peng BEL 342 sedang berlangsung. Aku bergegas ke sana. Mereka menjemput aku duduk dan aku diminta untuk menunggu En. Fauzi dari Bahagian Hal Ehwal Akademik.

Aku ditanyakan dengan beberapa soalan, soalan pertama masih aku ingat "Betul ke kamu Setiausaha Agung Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI)?  Aku menjawab yea. Seterusnya aku ditanya lagi dengan beberapa soalan yang aku kira agak peribadi. Kemudian , aku dihulurnya sehelai kertas yang aku dapat cam datangnya dari blog Khalid Ismath Timbalan Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI) yang menulis tentang keadaan kereta aku yang telah dipecahkan selepas mengeluarkan kenyataan akhbar berikutan kes gengster mengancam Mahasiswa di Majlis Sambutan Deepavali bersama PM Dato' Seri Najib Razak.

Aku juga diminta untuk berhenti daripada aktivisme, aku sedikit membentak namun dapat aku kawal. Encik Fauzi juga berkata bahawa beliau tidak mahu menyentuh soal prinsip aku tetapi beliau cuma risaukan masa depan. Dalam hati aku ketika itu rasa sungguh pelik dan musykil bagaimana gambar ini boleh sampai ke tangan mereka ini. Gambar tersebut ialah gambar aku bersama Anwar Ibrahim ketika program Meet Anwar - Mahasiswa 17 Oktotober 2011 di Shah Village Hotel.

PENULIS BERSAMA BEKAS PEMIMPIN MAHASISWA, BEKAS TIMBALAN PERDANA MENTERI DAN KINI KETUA PEMBANGKANG SERTA PEMIMPIN PARTI KEADILAN RAKYAT (PKR).

Setelah diteliti baru aku mengerti bahawa nama aku sedang heboh di kalangan pentadbir lalu seseorang dihantar untuk "menasihati" aku dalam pergerakan aku karena mereka sudah dapat mengesan gerak kerja aku serta aktiviti yang aku lakukan terutamanya dalam penulisan akhbar. Ketika mesyuarat antara rektor , nama Khairul Naim Rafidi dari UiTM Kuantan juga naik karena kita sedia maklum bahawa UiTM di bawah pimpinan Dato' Sahol Hamid telah melarang Mahasiswa menyertai Himpunan Anwar 901 sedangkan Menteri Pengajian Tinggi Dato' Khaled Nordin sebalinya. Jadi , pentadbir dalam usaha mengenalpasti "duta-duta" yang bakal mempengaruhi minda Mahasiswa.

Aku diminta memberi keterangan kepada Polis Bantuan. Aku menerangkan bahawa kehadiran aku ke program tersebut adalah atas kapasiti sebagai Mahasiswa dan jemputan Anwar Ibrahim ke program tersebut adalah disebabkan beliau merupakan bekas Pemimpin Mahasiswa Universiti Malaya dan ABIM ketika zamannya dahulu. Jadi , aku berpendapat bahawa tidak menjadi masalah. Katakan aku bergambar bersama Najib Razak , adakah perkara tersebut akan menjadi isu ?

Jadi , rentetan daripada peristiwa ini yang menyebabkan meningkatnya wasangka pihak UiTM terhadap aku yang aku kira tidak punyai apa-apa namun bisa membuatkan mereka takut terhadap bayang-bayang mereka sendiri.


PENULIS SEDANG BERINTERAKSI DENGAN ANWAR IBRAHIM

No comments:

Post a Comment