Thursday, October 25, 2012

Salam Aidil Adha 1433 Hijrah 2012

1. Seperti hari - hari biasa di Malaysia, sambutan Aidil Adha tidak semeriah sambutan Aidil Fitri selepas sebulan berpuasa.

2. Hal ini mungkin terjadi disebabkan sejarah dan sosio - budaya kita yang menganggap hari kemenangan selepas Ramadan adalah lebih agung dan besar berbanding pengorbanan di Aidil Adha.

3. Namun begitu, kepada yang faham selok - belok negara luar dan di Malaysia (negeri Kelantan) sudah semestinya mengetahui bahawa sambutan Aidil Adha di sana begitu meriah sekali berbanding di tempat lain.

4. Sesungguhnya Aidil Adha adalah suatu perayaan yang patut kita meriahkan bagi memperingati pengorbanan Nabi Ibrahim , Nabi Ismail dan Siti Hajar dalam melaksanakan perintah Allah dengan hati yang terbuka dan ikhlas.

5. Ramai imam dan ustaz kadang - kala mengaku diri mereka beriman tetapi ia belum pasti selagi tidak diuji dengan ujian yang getir.

6. Marilah kita bersama - sama menjadi Aidil Adha pada kali ini sebagai titik tolak dalam memperkuatkan diri selain berkorban untuk kesejahteraan bersama. Hidup tanpa pengorbanan adalah sesuatu yang sia - sia.

7. Walaupun berbeda pandangan dalam sesuatu perkara, hal tersebut bukanlah halangan bagi kita umat Islam bersatu - padu demi kesejahteraan sejagat. Sesungguhnya Rasulullah sendiri pernah bersabda bahawa "Perbedaan pandangan itu suatu rahmat."

8. Pandangan cuma diukur dengan akal yang merupakan fakulti dalam tubuh badan manusia yang punya limitasi, namun hati tetap kekal jika disulami dengan syariat. Dengan hati manusia bersatu.

9. Di kesempatan ini, ingin saya ucapkan Salam Aidil Adha buat keluarga, rakan - rakan yang mengenali serta masyarakat Islam seluruh dunia.

10. Berkorbanlah karena kaseh. InsyaAllah.





No comments:

Post a Comment