Wednesday, January 30, 2013

Catatan Ringkas Buat Pembaca Undang - Undang

Peperiksaan baru sahaja tamat lebih kurang seminggu yang lalu. Seperti biasa, keadaan masih sama dan tidak apa yang berubah. Ketika aku mula masuk darjah tiga, aku mempertikai tindakan guru menilai murid daripada peperiksaan. Aku tidak pasti bagaimana aku boleh bertindak sedemikian ketika umur masih setahun jagung.

"Apa ni Cikgu, peperiksaan ni buat kita macam robot saja, menghafal membabi buta, bukan orang faham pun"

"Ala, awak ikut saja la, nanti awak nak masuk universiti senang, dapat result bagus."

Aku menjadi rungsing, seawal usia sembilan tahun aku mula berpikiran sebegitu. Aku melihat keadaan sekeliling tetapi tidak mampu berkata apa-apa. Mungkin masih kecil, minda masih mentah dan aku juga tiada hujah.

Dalam menilai perkara sebegini, aku melihat tiada langsung konsep "sapera aude" atau "dare to know" dipraktikkan dalam pembelajaran kita, tidak kira dari sekolah rendah, sekolah menengah hingga ke menara gading.

Aku tamat pendidikan di SM Sains Alam Shah, Kuala Lumpur dengan keputusan tidak seberapa. Namun, aku gagahkan untuk gapai cita-cita dalam bidang perundangan. Aku punyai minat yang mendalam untuk mempelajari undang - undang sejak berumur dua belas tahun. Mungkin atas dasar itu, aku melalui beberapa liku dengan lancar setakat ini. Alhamdulillah.



Perkara yang merungsingkan aku ketika itu dan kini ialah sistem peperiksaan yang banyak menekankan kaedah "rote learning" atau menghafal semata-mata. Di sekolah kita diajar untuk menghafal dan kita dilatih untuk mendapat gred tinggi serta dengan cara menjawab kertas peperiksaan!

Sebaliknya, aku melihat kita tidak dididik, kita tidak diajar supaya mendalami sikap ingin tahu atau inkuri seperti yang terkandung dalam kitab "What is Aufklarung" atau what is enlightenment? karya Immanuel Kant. Apabila berjumpa dengan perkataan baru atau satu pelajaran yang baru, kita tidak ada rasa 'curious" sebaliknya kita hanya mengikut dan tidak keterlaluan kadang - kala kita bertindak seperti lembu.


Peperiksaan baru - baru ini memperlihatkan rakan-rakan begitu bersemangat dan berusaha untuk mencapai bintang. Ya, itu baik! Mencapai bintang untuk mendapatkan four flat dalam CGPA di universiti.

Di sini, aku fokuskan dalam mata pelajaran undang - undang sendiri. Masih aku ingat ketika aku tingkatan empat ketika itu, ayah aku Rafidi Bin Mohd Shah serta senior sekolah aku Haziq Abdullah Abdul Aziz mengingatkan bahawa "All people may get four flat, but to distinguish between you and them : whether you know the political, economic and social issues or not".

Dalam konteks ini, kadang-kala aku melihat pelajar undang-undang seolah menghafal membabi buta sekaligus "menekan" diri sendiri. Mereka menjadi tertekan dan menyalahkan subjek undang-undang kerana mengambil "kenikmatan" hidup, meragut serta mencekik aktiviti seharian mereka, malah ada yang mengadu bahawa rambut mula gugur kerana terlalu banyak perkara untuk dihafal.

Itu salah! 

Ini jawapannya.



he most famous common law case, Donoghue v Stevenson.

It is interesting when you interpreting the laws using art.

Use your imagination, learning is very simple. 

NEVER STOP, DON'T PRESSURE.
UNDERSTAND LAW, DO NOT MEMORIZE!

TO BE CONTINUE

No comments:

Post a Comment