Tuesday, June 26, 2012

Karena perjuangan itu menjadi, dicantas berkali - kali.

 TULISAN SEKADAR PERLAMBANGAN BAHAWA HATI AKAN TERUS TABAH DENGAN JALAN INI..CUMA SEKADAR CATATAN RASA HATI DAN KASEH SUPAYA DAPAT DIKENANG,KALAU BUKAN KAMU CUKUP SEKADAR HATI KAMU.BACALAH. TERIMA KASEH SEMUA.



                Hari ini 26 Jun sekali lagi hati tersenyum puas dan pikiran bersyahwat mengenangkan saat – saat manis ketika di kampus UiTM Kuantan dahulu. Bukan karena mengenang saat – saat indah di Pantai Teluk Cempedak mahupun Taman Esplanade. Tetapi, demi mengingatkan arti sebuah kaseh.

                Aku adalah Presiden Jawatankuasa Perwakilan Kolej UiTM Kuantan sesi 2011/2012. Sedang di kampus UiTM lain Majlis Perwakilan Pelajar adalah otoriti tertinggi di kampus. Lain ceritanya di kampus Kuantan. JPK memegang tampuk pemerintahan bagi kerajaan mahasiswa dalam arti kata lain politik kampus.

                Terlalu banyak yang ingin dicoret sekiranya hati bersyahwat tentang pengalaman – pengalaman lepas di dalam organisasi. Tetapi, apa yang menjadi kebanggaan adalah kefahaman mereka akan arti sebuah kaseh yang pernah aku ceritakan dahulu. Selain itu, kebebasan yang diberikan di kampus tidak sama seperti kampus UiTM lain yang aku kira jiwanya kadang kala mati. Hidup sebagai pemimpin di UiTM Kuantan kadang – kala seperti kembali di era ‘Mahasiswa Menggugat” dahulu. Mungkin atas sebab itulah UiTM begitu taksub ingin mencantas aku dahulu. Mungkin bunyi seolah merepek bagi sesetangah mahasiswa, tetapi itulah yang kami alami dahulu. Cerita - cerita 'mahasiswa menggugat mungkin akan aku catatkan untuk post akan datang.

                Aku tamat asasi dalam bulan April 2012 dan pengambilan mahasiswa baru berlangsung pada akhir mei 2012. Di UiTM, minggu orientasi dinamakan sebagai Minggu Destini Siswa. Oleh itu, beberapa bulan lepas aku dipertanggungjawabkan oleh Encik Zulkifli orang kuat Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM Kuantan untuk memilih beberapa orang calon yang difikirkan sesuai. 

                Beberapa bulan kemudian, keputusan dikeluarkan hasil penilaian dan penapisan Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM Jengka. Nah! Nama aku tiada dalam senarai.  Rasa terkilan itu memang melangit kerana sebagai Presiden JPK, aku berhak berada disana. Namun begitu, mungkin perkara ini terjadi disebabkan aksi dan perilaku dalam aktivisme mahasiswa diluar menentang aparat disamping penglibatan dalam ceramah Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik bersama Adam Adli, Safwan Anang dan Ekhsan Bukharee beberapa bulan yang lepas.

                Tiada apa yang aku dapat lakukan selain berdiam diri dan melihat dari kejauhan. Aku pesan pada setiap Presiden kelab termasuk Global Islamic Art (GIA), Peers Club dan Kelab Debat dan Orator untuk menyelesaikan hal kepimpinan sebelum julai kerana mantan – mantan JPK akan mengadakan pilihanraya kecil JPK.

                Alhamdulillah, semua selesai dan aku pun memulakan gerak kerja yang kebanyakkan melalui Facebook. Kami berbincang sesama sendiri dan aku mula menaip satu kertas kerja bagi memperjelas isu – isu dan perancangan bagi pemilihan JPK sesi baru ini. Perancangan dan gerak kerja harus dilaksanakan secepat mungkin kerana bimbang tidak ada sesiapa mahu menyelesaikan hal – hal kebajikan mahasiswa disamping menguruskan program – program mendatang.

                Namun begitu, kesulitan itu datang apabila penasihat JPK Cik Hanisah Abd Halim seolah – olah acuh tidak acuh akan hal pilihan raya ini. Timbalan Presiden dan Setiausaha diminta untuk menyelesaikan hal ini. Sebelum ini aku telah hubungi dan mencadangkan hal ini. Tetapi, katanya bincang semula kerana risau menggangu SUKMA yang bakal diadakan di Kuantan tidak lama lagi.

                Apabila dihubungi, panggilan tidak dijawab beberapa hari sehinggalah aku menyerahkan nombor telefon pejabat kepada mereka supaya penasihat tidak dapat mengelak lagi. Selepas itu, katanya kertas kerja sudah disemak dan akan dibincangkan dengan koordinator kampus yang baru Dr. Rahmah Lob Yussoff. Selang beberapa hari masih tiada jawapan.

                Lebih kurang tiga hari kemudian, Fatin Aqilah Setiausaha JPK menghubungi aku dan menyatakan bahawa mantan JPK tidak dibenarkan langsung untuk campur tangan dalam urusan pemilihan JPK baru. Disamping itu, pemilihan akan dilaksanakan oleh pensyarah dan ketua program. Sudahh! Mana mungkin pensyarah dapat mengadakan pemilihan sedangkan segala urusan yang dalaman dan teknikal adalah cerita turun termurun senior – junior. Ditambah dengan kekangan masa para pendidik.

               Hati aku tergerak mengingatkan pikiran yang meletus ketika aku menulis kertas kerja dahulu. Rancangan ini mungkin akan ditolak disebabkan 'kental' nya JPK dahulu dalam menegakkan isu Mahasiswa disamping ke'bengangan' beberapa barisan pimpinan universiti yang mengatakan bahawa UiTM Kuantan pemimpinnya adalah 'pro-mahasiswa.' Sudah aku bilang berkali - kali, mereka paranoid. Sabarkan sahaja.

               Apabila ditanya kepada Fatin apa sebenarnya terjadi. Berat mulutnya untuk mengucap akan hal kebenaran. Setelah aku memujuk sedikit akhirnya emas itu terkeluar. Memang benar seperti yang ku jangka. Cik Hanisah memberitahu bahawa antara puncanya adalah sama dengan alasan aku dicantas ketika MDS dahulu disamping keberanian kebenyakan JPK melawan arus.

                Agak kecoh sebentar laman facebook kami. Aku meminta supaya mereka bersabar dan aku akan memikirkan satu resolusi. Hasilnya, aku meminta supaya Fatin dan Hanan berbincang semula dengan Cik Hanisah dan Dr. Rahmah. Mungkin karena rasa kaseh, aku kaseh pada diri sendiri, kaseh pada mereka, kaseh pada junior dan masharakat seharusnya. Aku dapat terus utuh dengan misi. Mengenangkan sahabat - sahabat yang sudah mengambil cuti dan ada yang sudah berhenti kerja dan menganggur demi satu tujuan. Aku pikirkan juga. Disamping itu, aku juga akan menghubungi Encik Ikmal Hisham, Ketua Program Asasi Undang - Undang UiTM Kuantan bagi berbincang.

               Aku berikan mereka sedikit idea bagaimana ingin berdepan dengan hujah di kemudian nanti. Poin yang aku kira mantap.

               Pabila aku hubungi Encik Ikmal, seakan suara terkejut apabila beliau tidak dimaklumkan tentang arahan pensyarah supaya menjalankan pemilihan. Katanya beliau akan berbincang semula dengan koordinator. Aku juga mengingatkan Hanan berkali - kali supaya hubungi admin supaya hal ini dapat diselesaikan. Kemudian, Hanan menghubungi koordinator dan menurut cerita. Beliau begitu tergesa - gesa dan meminta supaya menghubungi Cik Hanisah karena katanya beliau telah sms akan keputusan terhadap perancangan itu.

               Pabila dihubungi Cik Hanisah, lain pula ceritanya. Cik Hanisah secara tiba - tiba tergesa - gesa dan katanya 'nak pergi minum, nanti saya akan call semua.' Sabar jela Hanan. Lebih kurang tiga jam menunggu Hanan masih belum dihubungi. Jauh di hati aku merasakan bahawa respon negatif akan dihadapi. Jadi, aku terus sampaikan satu mesej kepada seluruh JPK supaya memulakan propaganda menyebarkan borang online melalui facebook mulai malam ini. Sekurang - kurangnya dapat menolong pensyarah menjalankan kerja  - kerjanya.

               Buat kali terakhir, Wan Zulhelmi Biro Disiplin cuba lagi memujuk admin dengan menghantar sms kepada Dr. Rahmah. Hanan juga begitu. Mengejutkan, cerita berubah 360 darjah bila mana mereka mengatakan mereka menyokong kerja dan perancangan JPK itu. Tapi dengan syarat Khairul Naim tidak dilibatkan. Nahh, akhirnya percaturan yang disusun berjaya tetapi terpaksa ada satu pengorbanan. 

Kukira hati jiwa nurani
Suci seindah wajah terbayang
Kukira puji seikhlas budi
Kulupa lidah tidak bertulang

Di manis gula semut binasa
Kail berduri bersalut umpan
Di manis kata insan terlena
Kerana budi hamba terkorban
-sm salim
               Alhamdulillah, hati terlalu sebak. Kalau dahulu mereka mencantas aku ketika MDS masih dapat aku terima. Tetapi, pabila diganggu organisasi sendiri yang banyak aku korbankan tidak kira wang , masa dan tenaga. Rasa mahu menitis alis ini. 

               Tetapi aku puas. Aku dapat tersenyum puas mengenangkan kaseh karena semua ini hal hidup dan mati serta masa depan. Masa depan generasi selepasnya. Aku puas mengenangkan arti kaseh yang tidak akan datang sendiri. Pengalaman berharga yang tidak mampu dibeli. Dan jika dijual pun tentu mahal harganya. Kata ayah , 'manusia tidak akan pandang segala jasa kau , cumanya ini pelajaran pertama untuk kau bahawa kau mesti berhati - hati lagi sebab jadi pemimpin ini bukan senang."

Terima Kaseh semua.

Kalau tidak karena kaseh, tidak akau korbankan sebuah masa depan ini.

Inikah dia lakunan hidup
Di pentas dunia insan berpura
Tipu dan daya pencapai maksud
Budi dan harta merangkum noda
 -sm salim

Institut, pikir dan bebas.


Institut itu harus bebas,
Namun jijik tatkala kau kekang,
Tidak kah kau rasa hatimu arang,
Bila menunduk kepada aparat dan mencemuh yang 'adlu.

Walau si pentegak suluh panglimamu,
Walau si penembak membunuh pelesit di kelilingmu,
Adakah kau pernah sedar ?
Hanya kerana sepinggan dagang kau juih yang 'adlu

Institut itu harus bebas,
Tanpa cengkaman dan paksaan,
Jangan kau makan hati dan pikiran,
Jika tidak menyesallah zaman.

KHAIRUL NAIM RAFIDI
26 Jun 2012.

Sunday, June 24, 2012

UiTM Gantung Khalid Ismath



 Tulisan ini cuma sekadar suatu ingatan dan kenangan dalam rencah perjuangan mahasiswa yang penuh dengan cabaran. Mungkin agak terlewat untuk berkata sesuatu tentang penggantungan Khalid Ismath, Timbalan Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI) dan mahasiswa Fakulti Undang - Undang UiTM. Tetapi, kenangan akan terus menjadi satu kenangan sama ada manis ataupun pahit.

 Buat aktivis dan pemerhati politik sendiri mengetahui tentang kes penahanan Khalid Ismath yang dikaitkan dengan isu 'terajang polis' ketika Bersih 3.0 yang lalu. Namun begitu, kes yang mendapat perhatian umum ini mencapai kemuncaknya apabila Khalid menerima satu surat berkenaan dengan prosiding tindakan tatatertib yang bakal dikenakan ke atasnya atas tiga pertuduhan.

1. Ponteng kelas dan peperiksaan.
2. Menghina pemimpin negara.
3. Memalukan nama universiti.

 Sebelum ini kita dapat lihat bahawa sekumpulan mahasiswa yang menggelarkan NGO mereka Waris Wawasan (WARIS) yang dipimpin Saudara Kamal Maarof Abdul Jamal telah menyerahkan memorandum supaya mengenakan tindakan ke atas Khalid kepada Naib Canselor UiTM Prof Ir. Dr. Sahol Hamid. Selain itu, VC UiTM juga telah memberikan beberapa ulasan yang kiranya Khalid benar - benar bersalah. Besar kemungkinan beliau akan dipecat.




 Dan pada pagi 8 Jun 2012 kira-kira jam 9 berlangsung prosiding tatatertib ke atas Khalid Ismath di budisiswa HEP UiTM. Beberapa sekatan jalan raya di sekitar pintu pagar UiTM menunjukkan seolah - olah kampus akan diserang garuda dan samseng. Terdapat juga beberapa banner yang aku kira 'menghasut' digantung di sekitar kampus.

 Aku datang kira - kira jam 9.30 pagi ketika itu lantas menuju ke arah segerombolan mahasiswa di bawah Solidariti Mahasiswa Malaysia. Mujur pada pagi tersebut akan dikehendaki masuk kerja pada jam 6 Petang. Oleh itu, dapat aku luangkan sedikit masa ke UiTM bagi memberikan sokongan moral serta memerhati apa yang bakal terjadi.

Turut kelihatan mahasiswa UiTM di suatu tempat yang lain. Pelbagai pihak termasuk kumpulan yang menyerahkan memorandum tersebut turut sama menunggu keputusan. Prosiding agak lama dan berlangsung hampir tiga jam.

Selesai prosiding, Khalid berucap sebentar dihadapan Budisiswa dan akur dengan tindakan yang dikenakan ke atasnya iaitu gantung tiga semester. Hukuman penggantungan itu disampaikan oleh Panel Disiplin UiTM yang dikuatkuasakan September hingga suku 2014. Seterusnya, mahasiswa beredar dan menuju ke satu restoran di Seksyen 7 Shah Alam untuk bersama-sama memperdengar kenyataan media yang akan dibuat oleh Khalid.

 Dalam kes ini, aku tidak menafikan bahawa terdapat beberapa perkara yang sebenarnya terjadi kerana salah Khalid sendiri seperti hal kelas dan peperiksaan. Selain itu, beberapa tindakan Khalid seperti status di Facebook dan juga peranan dalam demo PTPTN itu juga aku tidak sangkal bakal memberi risiko kepada Khalid sendiri. Mengenali Khalid, aku tahu bahawa Khalid sudah bersedia dengan tindakan sebegini yang bakal dikenakan ke atasnya.

 Aku tidak berminat untuk menulis dan mengulas berkenaan dengan isu perundangan dalam entry ini kerana ia bakal memakan masa dan memanjangkan lagi entry. Namun, aku pertikaikan tentang hukum 'memalukan nama universiti' yang bersifat umum dan tidak dispesifikasikan. Andai kata, seoarang mahasiswa itu melakukan demo dan melaungkan kata-kata yang menghina tetapi berpihak pada pemerintah sekarang, adakah UiTM sanggup mengenakan tindakan atas alasan memalukan nama universiti?

Ia adalah sesuatu yang subjektif dan bergantung kepada penilai. Diharap Khalid akan terus sabar dalam menjalani cabaran perjuangan. Ada perkara yang aku setuju, namun aku juga mengaku bahawa ada juga perkara yang aku kurang setuju. Henry David Thoreau seorang penyair amerika pernah menyebut 'we walk in a different way." Bukankah hidup itu milik kita ? Kita bebas memilih jalan kita sendiri.

Tuesday, May 22, 2012

Debat Rafizi - KJ.

Debat PTPTN Khairy-Rafizi 22 Mei


1. Debat KJ - Rafizi semalam telah dilaksanakan dengan penuh kematangan dan keterbukaan. Ini menunjukkan kesediaan untuk menerima proses demokrasi dan politik yang lebih baik dan terbuka.


2. Saya membuat perbandingan dengan debat pertama KJ - Rafizi di London.


3. Ketika di London KJ mendahului dan dilihat berada diatas apabila berjaya mengeluarkan hujah yang menarik penonton.


4. Namun begitu, debat semalam menunjukkan bahawa penonton lebih menunjukkan keyakinan yang  terhadap Rafizi apabila beliau menggunakan pendekatan yang berbeda dan penghujahan yang baik.


5. Selain itu, saya melihat KJ terlalu 'defensif' pada debat kali ini berbanding debat sebelumnya di London.


6. Saya memuji kedua - dua pendebat kerana berani berdepan. Inilah satu proses yang kita mahukan apabila pemimpin politik berada di ruang awam untuk mengemukakan idea masing - masing supaya rakyat boleh menilai.


7. Berdasarkan kedua - dua debat di London dan Shah Alam. Saya dapat simpulkan kedudukan sekarang 1 - 1.


Tuesday, March 6, 2012

Pemimpin Mahasiswa masa silam : Meet Anwar - Mahasiswa

Masih jelas diingatan ketika aku dipanggil oleh pihak pentadbir hanya karena aku ada bergambar dengan Anwar Ibrahim lantas aku digelar Pro - Pembangkang dan ahli Parti Keadilan Rakyat. Sedih betul dengan sikap paranoid pihak pentadbir ketika itu. Aku masih ingat ketika itu aku dipanggil di Pejabat Polis Bantuan UiTM di Kampus Sekilau oleh Encik Faizol yang merupakan Ketua Unit Keselamatan UiTM Kuantan ketika itu. Masa itu kelas Mr. Hiu Luang Peng BEL 342 sedang berlangsung. Aku bergegas ke sana. Mereka menjemput aku duduk dan aku diminta untuk menunggu En. Fauzi dari Bahagian Hal Ehwal Akademik.

Aku ditanyakan dengan beberapa soalan, soalan pertama masih aku ingat "Betul ke kamu Setiausaha Agung Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI)?  Aku menjawab yea. Seterusnya aku ditanya lagi dengan beberapa soalan yang aku kira agak peribadi. Kemudian , aku dihulurnya sehelai kertas yang aku dapat cam datangnya dari blog Khalid Ismath Timbalan Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI) yang menulis tentang keadaan kereta aku yang telah dipecahkan selepas mengeluarkan kenyataan akhbar berikutan kes gengster mengancam Mahasiswa di Majlis Sambutan Deepavali bersama PM Dato' Seri Najib Razak.

Aku juga diminta untuk berhenti daripada aktivisme, aku sedikit membentak namun dapat aku kawal. Encik Fauzi juga berkata bahawa beliau tidak mahu menyentuh soal prinsip aku tetapi beliau cuma risaukan masa depan. Dalam hati aku ketika itu rasa sungguh pelik dan musykil bagaimana gambar ini boleh sampai ke tangan mereka ini. Gambar tersebut ialah gambar aku bersama Anwar Ibrahim ketika program Meet Anwar - Mahasiswa 17 Oktotober 2011 di Shah Village Hotel.

PENULIS BERSAMA BEKAS PEMIMPIN MAHASISWA, BEKAS TIMBALAN PERDANA MENTERI DAN KINI KETUA PEMBANGKANG SERTA PEMIMPIN PARTI KEADILAN RAKYAT (PKR).

Setelah diteliti baru aku mengerti bahawa nama aku sedang heboh di kalangan pentadbir lalu seseorang dihantar untuk "menasihati" aku dalam pergerakan aku karena mereka sudah dapat mengesan gerak kerja aku serta aktiviti yang aku lakukan terutamanya dalam penulisan akhbar. Ketika mesyuarat antara rektor , nama Khairul Naim Rafidi dari UiTM Kuantan juga naik karena kita sedia maklum bahawa UiTM di bawah pimpinan Dato' Sahol Hamid telah melarang Mahasiswa menyertai Himpunan Anwar 901 sedangkan Menteri Pengajian Tinggi Dato' Khaled Nordin sebalinya. Jadi , pentadbir dalam usaha mengenalpasti "duta-duta" yang bakal mempengaruhi minda Mahasiswa.

Aku diminta memberi keterangan kepada Polis Bantuan. Aku menerangkan bahawa kehadiran aku ke program tersebut adalah atas kapasiti sebagai Mahasiswa dan jemputan Anwar Ibrahim ke program tersebut adalah disebabkan beliau merupakan bekas Pemimpin Mahasiswa Universiti Malaya dan ABIM ketika zamannya dahulu. Jadi , aku berpendapat bahawa tidak menjadi masalah. Katakan aku bergambar bersama Najib Razak , adakah perkara tersebut akan menjadi isu ?

Jadi , rentetan daripada peristiwa ini yang menyebabkan meningkatnya wasangka pihak UiTM terhadap aku yang aku kira tidak punyai apa-apa namun bisa membuatkan mereka takut terhadap bayang-bayang mereka sendiri.


PENULIS SEDANG BERINTERAKSI DENGAN ANWAR IBRAHIM

Monday, March 5, 2012

Indera Mahkota Penuh Emosi 1

Antara kenangan yang hebat ketika berada di UiTM Kuantan yang aku tidak akan pernah lupa dan padamkan ialah ketika berada di Indera Mahkota 5 . Batch Asasi Law 2011/2012 unik karena kami terpaksa tinggal di rumah kedai ketika berada di Semester 1.

Ketika itu , kampus sesak karena kemasukan mungkin melebihi had yang sepatutnya. Tambahan pula , Mahasiswa senior dan junior yang ramai terpaksa duduk di kampus yang sama. Justeru , perpindahan diperlukan. Secara peribadi , saya berpendapat perpindahan ini tidak sepatutnya dan tidak akan terjadi andai kata pihak UiTM bijak dalam pengurusan pengambilan pelajar. Umum sedia maklum , memang UiTM dalam proses ingin mengubah destini anak bangsa. Tapi , dalam masa yang sama tidak perlulah keterlaluan sehingga menyebabkan impak negatif dalam pengurusan dan perkara yang melibatkan keselesaan pelajar.

 MAHASISWA  BERSAMA STAFF DAN PENGAWAL KESELAMATAN (KINI POLIS BANTUAN) UiTM KUANTAN

Sunday, March 4, 2012

BEL 313 : Forum PPSMI

Teringat lagi masa semester satu dulu , kelas Bel 313 iaitu subjek Critical Thinking aku rasa paling cool dan ohsem selain Bel 260 yang serba relax. Pensyarah aku ketika itu Mr. Azwin Arif yang sebelum itu mengajar di Universiti Malaysia Pahang. Beliau yang merupakan lulusan TESL mengajar sebagai pensyarah kontrak ketika itu di UiTM, Kuantan dan mengajar Law K.Dalam subjek ini kita diajar untuk menjadi kritikal dalam menilai sesuatu isu Kita juga diajar untuk mengesan sebarang fallacies dalam fakta karena dalam dunia ini maklumat mudah sahaja tersebar. Mungkin atas dasar itu , pentingnya kita tahu akan kedengkelan dan kerompongan sesuatu fakta termasuk cara untuk "counter-attack" hujah tersebut. Maklumlah , lawyer must avoid bias. Macam tu la serba sedikit.


Jadi , sepanjang kelas Bel 313 ni memang tak stress. Kelas malam je. Hari selasa dan Jumaat tak silap aku. Subjek ini tiada dalam paper final. Cuma ada assignment dan test akhir. Antara assignment yang kami perlu laksanakan adalah berkenaan persuasive in nature dan forum.


Geng forum aku ketika itu adalah Azhar Rosli , Asma Izatul Hanim Abdullah dan Azureen. Susah juga nak pilih topik masa tu. At last , aku rasa tajuk yang intelektual tetapi mudah adalah PPSMI. Kami pun mula buat draft forum. Masa mock forum itu okay la. Ada sesi pembentangan hujah , pembidasan dan penutup.


Azhar geng dengan aku. Azhar ini kalau dilihat English dia boleh tahan. Cuma ada sedikit masalah untuk sebutan dan pengucapan. Tiada masalah , masih boleh touch up. Practice make perfect.
Jadi , forum kami berlangsung pada 10 September 2011.Masa itu nak dah study week tak silap aku. Sir Arif punya la ranggi naik motor besar dia. Awesome kot!


Alhamdulillah , semuanya berjalan lancar. Moderator masa tu Alliya Fuad. Terima Kasih Alliya.!
Subjek ini dapat A.
Aku tak dapat lupa keseronokan subjek ni dulu. Happy je walaupun kadang-kadang tu bosan juga.
May Allah Bless you all.






AZHAR DAN PENULIS TIKA MOCK FORUM